Latarbelakang MATQI

PERJALANAN MATQI

Tahfiz Agro @ Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Imamah (MATQI) adalah sebuah pusat pembelajaran untuk bakal huffaz pertama di Malaysia yang berintegrasikan sistem pendidikan tahfiz dengan AGRO didalam sistem pembelajaran.

Ditubuhkan pada Disember 2008 dengan bermula seramai 22 orang pelajar menuntut dipremis 23 & 25 Jalan 19/9C, kemudian berpindah ke premis No..24&26 bangunan rumah kedai Seksyen23, Shah Alam.

Memandangkan pertambahan jumlah pelajar begitu menggalakkan, pihak Maahad telah membeli sebidang tanah berkeluasan 2.2 ekar di Lot 6952 Jalan Telaga Kg Bukit Kerayong 2, 42200 Kapar Klang, Selangor Darul Ehsan sebagai tapak baru bagi pembinaan kompleks MATQI.

Setelah beberapa tahun, kini MATQI telah mempunyai tanah yang berkeluasan 6.5 ekar dan telah beroperasi sepenuhnya ditanah tersebut. Pembangunan ini juga amat perlu disegerakan demi merialisasikan “TAHFIZ AGRO TOURISM” yang pertama di Malaysia.

MATQI telah didaftarkan sebagai MAAHAD TAHFIZ ALQURAN WALIMAMAH BERHAD dibawah Akta Syarikat 1965. dengan No Pendaftaran : 1215446-V.